'Awalnya aku bertapak kat kolej nie,pukul 7 aku dah sampai,tiada siapa-siapa lagi dikolej,amat menakutkan' kata aku sendirian.Selama 30minit aku bertapak di depan kolej yang pertama kali aku datang.
'Fuhhh..mana semua orang nie,tak nak datang ke? aduyaiii bosan la aku duduk sini,dah la '1st' day nie.berdebar Tuhan sahaja yang tahu.'
"assalamualaikum,baru register kan" sapa seorang perempuan yang amat ayu di mata aku,dengan matanya yang amat besar dan senyumannya yang agak menarik.
'sib baik aku pempuan,kalau lelaki,aku ngorat jgk budak perempuan nie'
"awak baru daftar kan" tanya budak perempuan itu dan terus membuat aku terus bangun dari lamunan yang tak berapa betul tadi,
"walaikummussalam, aah budak baru nie.tengah tunggu orientasi la ni. awak lak?" tanya aku balik pada budak perempuan itu.
Dan budak itu terus memandang ibu bapa nya yang berada tidak jauh dari dia dan sambil mengangguk kepalanya mungkin dia memberitahu syarat yang aku ni budak baru.
"aah ,saya pun budak baru register.takuk la pulak.hye saya nurul liyana ramlee,panggil je yana.itu 'parents' saya ,dan awak?"
" saya Syazlin,panggil je sasha"jawab aku dengan senyuman yang amat ikhlas dan bermakna.Aku juga tidak lupa untuk melemparkan senyuman aku pada ibubapa dia.Selepas itu yana memperkenalkan ibubapanya padaku.Kenal tak sampai sejam ,ayah dia dah belanja aku makan.wahh malunya,tuhan sahaja yang tahu kan.tapi rezeki jangan ditolakkan.
Selepas menunngu beberapa jam,semua budak yang baru mendaftar diminta masuk ke dewan yang telah disediakan. Didalam itu aku berkenalan dengan ramai kawan-kawan yang datang dari pelbagai negeri. Tak sangka ramai jugak yang mendaftar dikolej ini.Dan aku juga berkenalan dengan seorang yang bernama Siti Shuhaida,aku panggil dia haida.
Sepanjang aku di semester satu ni,aku banyak belajar untuk berdikari, begitu banyak perbezaannya dikala aku tinggal di asrama dan di luar negeri yang penuh dengan cabaran hidup ini.Dahulu bila aku balik dari sekolah ayah aku yang akan jemput aku dan hantar aku ke sekolah,lain pula yang berlaku di Kuala Lumpur, aku mula belajar macammana menggunakan kenderaan awam. Aku tak duduk di rumah sewa sebab mak aku risau jadi aku tinggal dengan abang aku.Agak jauh jugak la tapi tak apa la aku akan belajar semua ini. Dan semester ini aku hanya rapat dengan Haida dengan yana aku kurang sikit mungkin aku dengan dia jarang bertemu dan berbual. Nak dijadikan cerita bertapa rapatnya aku dengan Aida boleh nak dikatakan macam kembar siam yang tak boleh dipisahkan.Dimana ada Sasya di situ ada Aida, dimana ada Aida disitu ada Sasya.Aida banyak mengajar aku untuk hidup berdikari dan jimat cermat tapi aku belajar sedikit sahaja.
Sedang aku tengah khusyuk layan chatting di yahoo messenger tiba-tiba sahaja handphone aku berbunyi.'aduiii siapa pulak call time tengah best-best nie' aku pun biarkan sahaja phone aku berbunyi. Selepas itu phone aku pun berhenti berbunyi ," stop jugak,bagus!" ngomel aku seorang diri, tapi selang je beberapa minit phone aku berbunyi balik.'aduiii siapa la ni' marah aku! aku pun melihat di skrin phone aku yang baru sahaja mama aku belikan untuk aku sony ericson k550i warna putih,warna kegemaran aku. ' alamak boyfriend aku rupanya' aku pun terus menjawab panggilan itu. " salam, hye..sorry tadi kt toilet" bohong aku.
"wassalam..oo yeke ptut la abang kol tak jawab.apa khabar? camna kolej harini .semua okay ke? " tnya kekasih hati aku yang baru sahaja aku bercinta dalam 2 minggu tue. " oo .hehehe alhamdulillah sihat agi,kolej oky je,macam biasa la..masuk kuliah sana,kuliah sini.abang lak?" aduii nak muntah aku panggil abang-abang ni tapi nak buat camne permintaan si dia. " bgus la,mnggu depan abang nk balik pahang dah,sambung study abang,abang tak jadi la nk berhenti study,tq sayang sebab sedarkan abang." kata lelaki itu yang nama a ahmad firdaus dan aku hanya memanggil nya dengan panggilan aus sahaja. " sama-sama bagus la kalau macam tu" jawab aku dalam keadaan malas..dan akhirnya mengambil masa sejam dua jugak la baru la si mamat aus tue mematikan phone dia..aduiii aku pun tak tahu la apa yang ak cakap dengan dia.yang aku tahu aku lebih focus kepada chatting aku nie..lalalla.
Sudah hampir sebulan aku tinggal di Wangsa Maju ni. akhirnya abang aku membuat keputusan untuk berpindah berhampiran dengan kolej aku di kota damansara..yahooo..lepas nie duit aku boleh berjimat la.bermula kehidupan aku berjalan kaki ke kolej..lepas ini tiada sudah budak cemerlang yang selalu bertapak seawal 7 pg di kolej..hahahaa...bahagia aku tidak terkata..aku pun memulakan kegiatan aku pergi kolej dan balik kolej. Awal-awal lagi mana la tahu sangat kes-kes melepak kat kedai makan dengan kawan-kawan nie.
Disebabkan aku selalu balik awal lepas habis kelas abang aku mula melonggarkan syarat aku untuk keluar senang cerita abang aku bagi kebebasan pada aku..yabeda beduuuuu bahagia bebbbb ! tapi aku nk pergi mana.aku bukan suka shopping,aku bukan suka jalan-jalan kt shopping complex nie..aduiiiii..berkurun jugak la aku..duduk dalam bilik layan lagu dan sebagainya.
"Salam sayang,birthday sayang tak lama lagi kan.abang naik kl oky. kite celebrate sama-sama.nak tak?"bagitahu Aus pada aku pada satu malam tu.dan bila dia cakap nak datang kuala lumpur.dia membuat kan aku tertarik untuk lebih focus bercakap dengan dia dari ngadap mr.acer aku. " betul ke ni abang nk naik kl? cam tak caye la" tnya aku untuk kepastian. Dan Aus pun mengiya dan bersumpah memang dia betul-betul nak datang ke Kuala Lumpur. aku sangat bahagia akhirnya aku boleh jugak jumpa mamat nie. aku berkenalan dengan mamat nie di laman sosial di yahoo messenger,pada mulanya memang aku hanya niat ingin berkawan tapi sekian lama mamat nie semakin serius dalam perhubungan aku dan dia. Tapi macam biasa aku tidak pernah percaya mana-mana lelaki dalam hidup aku termasuk ahli keluarga aku. bagi aku cukup la aku percaya diri aku, ALLAH dan Nabi Muhammad. itu sudah memadai bagi diri aku ini.
Akhirnya bulan september bulan kelahiran aku tiba jugak. dan jugak tibalah hari yang aku akan keluar berdating dengan si Aus untuk pertama kali nya..wahhh tension tak tahu nak pakai apa. Yang aku ada cuma t-shirt dan jeans je..adeshh belasah je la..hahaha nak wat macammana lagi. dan hari itu kami celebrate birthday aku di One Utama,kami main bowling, karaoke ,tengok wayang dan juga isi perut dekat KFC.kongsi-kongsi gitu. Kesian Aus,dia cuba nak bersuap-suap dengan aku, aku pulak buat tak layan, bagi aku tak perlu la tunjuk depan orang sangat .buat malu je. tapi dia berdegil nak suap aku..aku pun makan la sebab dia tak makan pun sebab nak suap aku..aduiii susah susah.. hadiah birthday aku dia bagi sebentuk cincin yang aku boleh agak la harga dia berapa tapi tak kesah la.kekasih kasi kan.Amik aje..cam 'apa-apa aje'.
Sejak bertemu dengan si Aus aku semakin pasti dengan perasaan aku pada si dia, dan aku mula menyayangi dia dan mula mempercayai dirinya tapi sedikit la. Bagi aku, jika aku mula sayang pada seseorang itu, hanya 70% aku akan sayang padanya bukan 100%, paham-paham je la zaman sekarang bukan boleh sayang betul walau pun dah menjalinkan hubungan yang sah takut merana hidup. Hubungan aku dengan Aus berjalan dengan baik, boleh dikatakan aku lebih focus kepada dia dr Mr.Acer aku. Aku cerita pengalaman aku keluar bersama Aus, dan seperti biasa Haida tarik muka dan memberi nasihat, " Jaga diri kau tu, jangan percaya lelaki tu sangat, lelaki sekarang ni bukan lelaki zaman dahulu, diaorang main kebas je.Ingat pesanan aku nie sasha.Aku tak nak apa-apa jadi kat kau. Aus tu solat cukup tak ? " tanya Haida tiba-tiba dan aku terus menjungkit bahu menandakan aku tidak tahu. Setiap kali aku merasa kan yang Haida ni macam mak aku pun ada, tapi apa yang Haida bagitahu semua nya betul dan aku tidak menafikan. Kerana terlalu banyak soalan yang ditanya oleh Haida aku mula menukar topik gossip. " Eh, Fariz suka kau eik?" tanya aku pada Haida sambil mengangkat kening-kening aku. " jangan nak tukar topik la, tapi entah la aku pun tak tahu la dengan mamat tu, sejak dia tahu kau dah ada boyfriend nie dia mula busybody pasal aku" kata Haida sambil geram-geram. " hahaha mamat tue kelakar la, aduyaiiii. eh President Student kite tu handsome kan? aduii leh lemah aku kalau asik ngadap dia, Haida, kau nak tahu, President tue la sumber inspirasi aku untuk datang ke kolej pagi-pagi buta..hahhahaaha" kata aku sambil gelak dan Haida juga ketawa bersama aku dan dia menyuruh aku untuk 'close' dengan President yang bernama Iqram, dan aku mengelengkan kepala aku sahaja. Masih aku ingat bagaimana setiap kali bertemu dengan Iqram aku hanya mendiamkan diri sahaja walaupun pada masa itu aku tengah bising. Aku tidak tahu setiap kali bertemu dia hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa berdebar nya macam nak luruh semuanya.hahaa..
Akhirnya musim yang membuatkan semua pelajar berdebar-berdebar muncul jugak iaitu musim 'FINAL EXAM' wahhhhhhhhh takutnya aku..Untuk memastikan aku mendapat result yang baik, aku mula belajar dengan tekun, siang malam asyik membaca dan mengulangkaji, itu la aku. dalam kelas bukan nak amik perhatian tapi tidur kat belakang, apa nak jadi la dengan aku ni. Dan Alhamdulillah aku dapat menjawabnya dengan baiknya, dah habis sahaja 'exam' aku terus pergi beli tiket bas untuk pulang ke kampung yang amat aku rindui, boleh la aku makan masakan mak dan keluar dengan ayah aku. yahuuuuuu Selamat Tinggal Bandar Metropolitan untuk 2 minggu ni.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
will be continue

ngeh2...cita baru ka b0s?
ReplyDeletecepat smbung...adui tgh best bce ttibe plak ada ayat ni
ReplyDeletexxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
will be continue
he he he
ahakz..akan dismbunh x lama ag
ReplyDelete